Yahoo News: Top Stories

Tuesday, April 12, 2011

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bertemu kembali kita dalam ruangan maya pada kali ini. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana kita masih dikurniakan nikmat aman & bahagia dalam kehidupan kita seharian pada hari ini. Pada kali ini, penulis ingin berkongsi cerita & pengalaman mengenai pengalaman penulis mengikuti satu program motivasi yang dianjurkan oleh Jabatan penulis pada 12-04-2011. Penceramah untuk program tersebut ialah Pak Din. Seorang pakar kaunseling dari sebuah agensi kerajaan di Kuala Lumpur. Terima kasih Pak Din kerana mencurahkan ilmu kepada peserta yang hadir.



Keseronokan bekerja...... Apa yang kita faham dengan perkara ini. Bila disebut tentang kerja, kita akan terfikir tekanan, masalah dan berbagai perkara lagi mengenai kerja. Penulis ingin berkongsi pendapat dengan para blogger. Dari kita zaman sekolah sehingga kita bekerja, kita perlu menurut peraturan yang ditetapkan. Tak percaya ? Sebagai contoh, kita perlu bangun awal untuk ke sekolah, sama juga bila kita bekerja perlu awal untuk ke tempat kerja. Bila di sekolah, guru akan memberi kita latihan, sama juga bila bekerja Boss akan memberikan ‘exercise’ untuk kita siapkan. Bila di sekolah kita lakukan kesalahan kita akan didenda, bila kita bekerja kita akan dipanggil oleh pihak atasan jika kita melakukan kesalahan. Apabila kita habis waktu sekolah pada sesi pagi dan pada sebelah petang kita akan disajikan dengan aktiviti lain, sama seperti bekerja kita akan mengikuti aktiviti selepas waktu bekerja. Banyak lagi contoh-contoh persamaan bila kita belajar hingga ke alam pekerjaan. Disini menulis ingin menyatakan bahawa kita terikat dalam peraturan. Anda setuju dengan pendapat penulis.




Melalui pengalaman penulis mengikuti program tersebut, kita perlu bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kita telah dikurniakan pekerjaan yang baik. Cuba anda semua lihat, bila adanya sesi temuduga berapa ramai yang hadir. Tersangat ramai. Penulis sendiri pernah mengalami situasi ini. Kita perlu rasa syukur kerana kita telah mempunyai pekerjaan. Kita harus berbangga kerana kita telah mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang tidak mempunyai pekerjaan. Ingat para blogger, tidak ada kerja maka tidak ada lar sumber pendapatan kita. Fikir-fikir kan lah.



Para blogger sekalian, jika kita mempunyai pekerjaan. Maka kita ada jaminan untuk menikmati kebahagiaan, penulis tidak menjamin 100% perkara ini akan berlaku. Ada juga perkara yang kita harapkan tidak menjadi. Ini semua ketentuan ilahi. Di samping itu kita akan juga mempunyai masa depan untuk menghadapi cabaran dunia pada masa kini dengan pekerjaan yang kita ada sekarang. Selain itu, apabila kita mempunyai pekerjaan. Kita akan yakin untuk membina rumahtangga yang kita idamkan (bagi para blogger yang belum berkahwin atau mahu berpoligami).Bila disebut mengenai mendirikan rumah tangga, semua itu memerlukan kewangan yang kukuh. Sekiranya kita tidak mempunyai pekerjaan, bagamana kita mahu mendapatkan sumber pendapatan untuk mendirikan rumah tangga.



Penulis amat tertarik dengan kata-kata dari Pak Din,

‘JIKA SESEORANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG MEWAH, INDIVIDU TERSEBUT AKAN GAGAL’

‘JIKA SESEORANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG BERILMU DAN BERIMAN ITULAH INDIVIDU YANG BERJAYA’


Penulis ingin berkongsi ilmu yang diperolehi dengan para blogger sekalian, bagaimana cara untuk mencapai kejayaan dalam kerja. Di sini penulis menggariskan 3 elemen penting dalam perkara ini. Pertama, kita perlu kasih kepada kerja yang lakukan. Apabila kita telah kasih kepada kerja, kita akan menyayangi pekerjaan kita. Kita anggap pekerjaan sebagai satu barang yang amat bernilai, penting dan berharga dalam kehidupan kita. Kedua, kita perlu kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kita dalam perkerjaan kita. Tanpa rakan-rakan kita tidak dapat laksanakan kerja kita dengan sempurna. Rakan-rakan merupakan penyuntik semngat kepada kita dalam laksanakan kerja disamping dorongan dan semangat keluarga. Oleh itu, kita harus menggembirakan rakan-rakan kita di tempat kerja untuk mewujudkan satu situasi yang harmoni dan sejahtera seterusnya akan memberikan semangat bekerjasama dalam melaksanakan kerja. Ketiga, kita perlu kasih kepada sasaran kita. Apa yang dimaksudkan dengan sasaran di sini ialah Pelanggan atau Clients yang kita sentiasa berurusan. Kita perlu ingat, adanya kerja kerana adanya clients. Sekiranya mereka tiada, bagaimana kita akan mendapatkan kerja. Oleh itu, kita perlulah menghargai clients kita. Tanpa mereka, kerja tidak akan wujud.



Para blogger sekalian, bagaimana kita mahu berjaya dalam kerja. Kita perlu mendekatkan diri kita dengan kerja yang kita laksanakan. Sekiranya kita menjauhkan diri dalam kerja, semuanya tidak akan menjadi. Kerja kita tidak akan siap sampai bila-bila. Dengan mendekatkan diri dengan kerja semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang kita harapkan. Disamping itu juga, kita perlu gembira dengan kerja yang kita laksanakan. Kita anggapkan kerja yang kita laksanakan sebagai sesuatu yang teramat istimewa dalam kehidupan kita. Sesuatu yang kita amat sayangi.



Last sekali, penulis ingin bepesan kepada penulis sendiri dan para blogger semua supaya lakukan kerja yang kita ada sekarang dengan perasaan yang gembira dan ikhlas hati tanpa memusnahkan diri kita sendiri. Jika kita gembira dalam kerja, maka hasilnya akan memberi kecermerlangan kepada diri kita dan jika sebaliknya ia akan memberi impak kepada kita dalam pekerjaan yang kita laksanakan. Penulis tidak nafikan, setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Tetapi apa salahnya jika kita ambil kelemahan diri kita sebagai platform untuk kita tukarkan kepada kebaikan.

Disini penulis ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf sekiranya dalam penulisan pada kali ini penulis ada menyinggung dan mengguriskan hati mana-mana pihak. Maafkan penulis. Penulis hanyalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman yang penulis lalui untuk dikongsi bersama para blogger yang lain. Tiada niat di hati penulis untuk tujukan kepada pihak tertentu. Di sini juga penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Din kerana memberikan ilmu yang berguna kepada penulis. Disamping itu juga ribuan terima kasih penulis kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam penulisan ini samada secara langsung atau tidak langsung. Penulis juga ingin berterima kasih kepada WhiteDaisy's diatas kata-kata dibawah yang diolah kembali oleh penulis.

‘ Setiap Kerja Yang Kita Laksanakan Mesti Akan Menemui Jalan Buntu Dan Masalah.......

Akan Tetapi Kita Akan Menemui Jalan Buntu Dan Masalah Sekiranya Tiada Kerja Untuk Kita Laksanakan’


Sekian.

Hasil nukilan,

markjenin

Wednesday, April 6, 2011

Ofisss Baruuuuu


OFIS BARU

Buat pertama nya aku berkemas-kemas untuk berpindah ke Ofis baru.... Ermmmm.... Aku rasa rugi juga kena pindah nie..... Bukan apa, view disini betul2 menarik.... Kalau di ofis baru kiri kanan belakang depan semuanya bangunan....Tapi nak buat mcm mana...arahan kan....perlu lar kita ikut.... Aku teringat kata-kata boss aku.... Kita semua ni Commanddo.... Arah (command) Buat (do)...Huhuhuhuhuhuhu......


SELAMAT DATANG KE OFIS BARU



BARANG-BARANG YANG SIAP DI 'PACKING'



SAMPAH SARAP DALAM OFIS


Tapi boleh blah jugak lar ofis baru aku.... Benda baru semua nya best kan.....Harap-harap di ofis baru ni semangat baru akan muncul..... Muncul ker.....Sekarang aku sedang dalam proses untuk memindahkan barang-barang ofis lama ke ofis baru......Penat juga kerja pindah memindah nie.....Korang semua kalau kena pindah ofis tau lah nanti yea......Penat giler.....




TEMPAT BARU.....SEMANGAT PUN KENA BARU.....


Apapun, walaupun dimana tempat kita bekerja.....Kita harus juga bekerja untuk masa hadapan kita, keluarga, bangsa, masyarakat dan negara.....Wah..Wah..patriotik ker aku nih.....Hahahaha.
Okay geng...aku sudahi coretan nie dengan kata-kata semangat....
BEKERJA, BEKERJA & TERUS BEKERJA.......



VIEW YANG CUN......


Create By :

markjenin










Monday, March 28, 2011

PERGI TAKKAN KEMBALI

22 MAC 2011 1346

TARIKH NIE MERUPAKAN SATU TARIKH YANG AKU AKAN INGAT SAMPAI BILA-BILA...PADA HARI INI EMAK KU TELAH MENINGGALKAN AKU BUAT SELAMA-LAMANYA.....ORANG YANG AKU SAYANG SELAMA INI TELAH MENINGGALKAN AKU BUAT SELAMANYA.....SUSAH UNTUK DIGAMBARKAN DENGAN KATA-KATA BETAPA SEDIHNYA, LULUHNYA HATI DAN PERASAAN SI ANAK MENGENANGKAN PEMERGIAN IBUNDA YANG TERCINTA.....HANYA KEREDHAAN DAN KESABARAN YANG MENGIRINGI PEMERGIAN IBUNDA YANG TERCINTA.....AKU HANYA REDHA DAN PASRAH DI ATAS APA YANG BERLAKU KE ATAS DIRI AKU & KELUARGA......AKU BERDOA SEMOGA ALLAH S.W.T. MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROH BONDAKU DAN MENEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN SERTA MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSANYA SAMADA DOSA-DOSA BESAR DAN KECIL......AMIN.....