
Keseronokan bekerja...... Apa yang kita faham dengan perkara ini. Bila disebut tentang kerja, kita akan terfikir tekanan, masalah dan berbagai perkara lagi mengenai kerja. Penulis ingin berkongsi pendapat dengan para blogger. Dari kita zaman sekolah sehingga kita bekerja, kita perlu menurut peraturan yang ditetapkan. Tak percaya ? Sebagai contoh, kita perlu bangun awal untuk ke sekolah, sama juga bila kita bekerja perlu awal untuk ke tempat kerja. Bila di sekolah, guru akan memberi kita latihan, sama juga bila bekerja Boss akan memberikan ‘exercise’ untuk kita siapkan. Bila di sekolah kita lakukan kesalahan kita akan didenda, bila kita bekerja kita akan dipanggil oleh pihak atasan jika kita melakukan kesalahan. Apabila kita habis waktu sekolah pada sesi pagi dan pada sebelah petang kita akan disajikan dengan aktiviti lain, sama seperti bekerja kita akan mengikuti aktiviti selepas waktu bekerja. Banyak lagi contoh-contoh persamaan bila kita belajar hingga ke alam pekerjaan. Disini menulis ingin menyatakan bahawa kita terikat dalam peraturan. Anda setuju dengan pendapat penulis.

Penulis amat tertarik dengan kata-kata dari Pak Din,
‘JIKA SESEORANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG MEWAH, INDIVIDU TERSEBUT AKAN GAGAL’
‘JIKA SESEORANG MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG BERILMU DAN BERIMAN ITULAH INDIVIDU YANG BERJAYA’
Penulis ingin berkongsi ilmu yang diperolehi dengan para blogger sekalian, bagaimana cara untuk mencapai kejayaan dalam kerja. Di sini penulis menggariskan 3 elemen penting dalam perkara ini. Pertama, kita perlu kasih kepada kerja yang lakukan. Apabila kita telah kasih kepada kerja, kita akan menyayangi pekerjaan kita. Kita anggap pekerjaan sebagai satu barang yang amat bernilai, penting dan berharga dalam kehidupan kita. Kedua, kita perlu kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kita dalam perkerjaan kita. Tanpa rakan-rakan kita tidak dapat laksanakan kerja kita dengan sempurna. Rakan-rakan merupakan penyuntik semngat kepada kita dalam laksanakan kerja disamping dorongan dan semangat keluarga. Oleh itu, kita harus menggembirakan rakan-rakan kita di tempat kerja untuk mewujudkan satu situasi yang harmoni dan sejahtera seterusnya akan memberikan semangat bekerjasama dalam melaksanakan kerja. Ketiga, kita perlu kasih kepada sasaran kita. Apa yang dimaksudkan dengan sasaran di sini ialah Pelanggan atau Clients yang kita sentiasa berurusan. Kita perlu ingat, adanya kerja kerana adanya clients. Sekiranya mereka tiada, bagaimana kita akan mendapatkan kerja. Oleh itu, kita perlulah menghargai clients kita. Tanpa mereka, kerja tidak akan wujud.


Para blogger sekalian, bagaimana kita mahu berjaya dalam kerja. Kita perlu mendekatkan diri kita dengan kerja yang kita laksanakan. Sekiranya kita menjauhkan diri dalam kerja, semuanya tidak akan menjadi. Kerja kita tidak akan siap sampai bila-bila. Dengan mendekatkan diri dengan kerja semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang kita harapkan. Disamping itu juga, kita perlu gembira dengan kerja yang kita laksanakan. Kita anggapkan kerja yang kita laksanakan sebagai sesuatu yang teramat istimewa dalam kehidupan kita. Sesuatu yang kita amat sayangi.

Last sekali, penulis ingin bepesan kepada penulis sendiri dan para blogger semua supaya lakukan kerja yang kita ada sekarang dengan perasaan yang gembira dan ikhlas hati tanpa memusnahkan diri kita sendiri. Jika kita gembira dalam kerja, maka hasilnya akan memberi kecermerlangan kepada diri kita dan jika sebaliknya ia akan memberi impak kepada kita dalam pekerjaan yang kita laksanakan. Penulis tidak nafikan, setiap manusia mempunyai kekurangan tersendiri. Tetapi apa salahnya jika kita ambil kelemahan diri kita sebagai platform untuk kita tukarkan kepada kebaikan.
Disini penulis ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf sekiranya dalam penulisan pada kali ini penulis ada menyinggung dan mengguriskan hati mana-mana pihak. Maafkan penulis. Penulis hanyalah semata-mata untuk berkongsi pengalaman yang penulis lalui untuk dikongsi bersama para blogger yang lain. Tiada niat di hati penulis untuk tujukan kepada pihak tertentu. Di sini juga penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Din kerana memberikan ilmu yang berguna kepada penulis. Disamping itu juga ribuan terima kasih penulis kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam penulisan ini samada secara langsung atau tidak langsung. Penulis juga ingin berterima kasih kepada WhiteDaisy's diatas kata-kata dibawah yang diolah kembali oleh penulis.
‘ Setiap Kerja Yang Kita Laksanakan Mesti Akan Menemui Jalan Buntu Dan Masalah.......
Akan Tetapi Kita Akan Menemui Jalan Buntu Dan Masalah Sekiranya Tiada Kerja Untuk Kita Laksanakan’
Sekian.
Hasil nukilan,
markjenin